Wednesday, March 30, 2011

Isu dalam Teknologi: Kelebihan penggunaan teknologi mudah alih (M-Learning) dalam pendidikan

Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based Learning” masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan M-learning? Ia adalah salah sebuah konsep baru dalam proses pembelajaran di mana dengan menekankan keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran tersebut berlaku.
Sebagai salah seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, gajet seperti telefon mudah alih, komputer riba, “palm talk” mahupun “i-Pod” amatlah popular di kalangan pelajar dan mampu dimiliki. Selain digunakan sebagai alat untuk hiburan, ia juga boleh digunakan dalam membantu dan menyokong dalam proses pembelajaran. 

Pembelajaran secara M-Learning telah terbukti keberkesanannya di negara luar dan kini telah mula perkenalkan di Malaysia di mana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah mengintegrasikan teknologi ini dalam kurikulum pengajaran mereka. Perkongsian nota di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat turun nota. Ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh yang demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Selain itu, elemen multimedia yang mampu mengintegrasikan audio dan video dapat menarik minat pelajar dalam penggunaan M-Learning. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan audio dan video, pelajar akan menjadi lebih menumpukan perhatian, aktif, konstruktif, bersemangat dan dapat menyemarakkan peranan bekerjasama dalam suasana pemikiran kreatif dan kritis. Perkembangan seperti ini amat diperlukan dalam melahirkan graduan yang kompetitif dan berdaya saing.

Jika sebelum ini kuiz hanya dapat dilakukan di dalam kelas sahaja, kini pensyarah boleh mengadakan kuiz untuk pelajar mereka pada bila-bila masa dengan hanya memasukkan soalan dan menetapkan masa yang perlu diambil bagi setiap kuiz yang diadakan. Hal ini dapat dilakukan melalui alatan mudah alih seperti PDA dan beberapa jenis telefon mudah alih tertentu. Pensyarah boleh tersenyum lebar kerana mereka bukan sahaja boleh mengadakan kuiz bagi pelajar mereka pada bila-bila masa malah dapat memperolehi markah secara masa nyata tanpa perlu mengira markah secara manual. Perisian-perisian untuk mengadakan kuiz ini boleh didapati dengan mudah dan boleh juga dihasilkan oleh pensyarah tersebut dengan menggunakan teknik pemprograman yang mudah.

Keperluan dalam persekitaran pembelajaran yang baru perlu dilaksanakan agar proses pembelajaran tidak terbatas kepada kaedah tradisional semata-mata. Melalui M-Learning, kebebasan dan kawalan diberikan sepenuhnya kepada pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk menghantar tugasan, menjawab soalan kuiz, memuat turun nota, berdiskusi dan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut kehendak dan kesesuaian masa mereka. Kebebasan yang diberikan kepada mereka terhadap kaedah pembelajaran ini dapat menarik minat mereka dalam mendalami sesuatu pelajaran. Memandangkan setiap pelajar berbeza, ia merupakan motivasi kepada mereka untuk terus maju dan meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Kemudahan khidmat pesanan ringkas yang hadir bersama alatan mudah alih menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mudah kerana segala maklumat berkenaan temujanji bersama ahli kumpulan dan pensyarah dapat dilaksanakan secara cepat dalam masa nyata. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa serta memudahkan seseorang pelajar dan pensyarah menetapkan jadual harian mereka tanpa terikat pada masa-masa tertentu sahaja.

Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Paradigma kita berkenaan teknologi yang baru ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di peringkat pengajian tinggi dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah ditamatkan dengan mengadakan kelas khusus berkenaan teknologi ini. Oleh itu peluang pelajar untuk memahami kuasa teknologi dapat dipertingkatkan. Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti amat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi kaedah pembelajaran M-Learning di sepanjang pengajian mereka.

Sunday, February 27, 2011

10 Video Teknologi & Inovasi



1. Bluetooth Stethoscope & Wireless Heart Monitor




2. Engkey - Robot English Teacher from Korea.




3. NAO the Future technology




4. Wireless Health Device Round Up




5. 3D Technology in 2010




6. Kinect - New Game Technology - Xbox 360 2




7. Sony Rolly by DigInfo




8. The Conference Room That Re-Arranges Itself




9. Panasonic Hair-Washing Robot




10. Segway Rover Live-Firing Range Robots




11. Pencil printer




12. Rex user - Hayden Allen

10 keping gambar Teknologi & Inovasi

1. Papan Kekunci Lapisan Sentuh Maya
Papan kekunci maya (juga dikenali sebagai papan kekunci onskrin, papan kekunci lembut dan papan kekunci laser maya) adalah kombinasi dari komponen software dan juga hardware yang berfungsi sebagai papan kekunci QWERTY secara maya kepada penggunanya seperti menaip karakter  pada papan kekunci .
Papan kekunci ini boleh mengesan pergerakan jari anda dan menterjemahkannya kedalam bentuk karakter yang tertera dalam skrin. Papan kekunci maya ini boleh digunakan diatas mana-mana sahaja permukaan.  Selain itu, ia juga boleh digunakan dengan pelbagai telefon pintar (Smartphone) dan juga PDA.


2. Robot Engkey
Robot yang diberi nama EngKey ini dicipta oleh Korea Selatan untuk membantu pelajar sekolah rendah didalam menguasai Bahasa Inggeris. Robot ini yang tingginya 1 meter boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris sebagai bahan untuk mengajar di sekolah dan ianya kini digunakan di 21 buah sekolah rendah di seluruh Korea Selatan.

Robot ini dicipta untuk menggalakkan kanak-kanak yang malu untuk belajar Bahasa Inggeris kerana ianya bercirikan mesra pengguna. Harga robot ini berjumlah lebih kurang $8700 dan dijangka boleh mengurangkan kos perbelanjaan guru asing  yang mengajar Bahasa Inggeris di negara itu.


3. Kaki Bionik
Jurutera di Universiti Michigan, Kuo dan Steve Collins telah mencipta kaki bionik prostesis. Prinsip kaki buatan ini adalah berdasarkan kepada mengitar semula tenaga antara dua langkah dalam meningkatkan kekuatannya. 

Kaki buatan manusia ini adalah sesuatu yang berguna dimana ia boleh digunakan semasa peperangan, bencana alam kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana itu.


4. Telefon Nokia menggunakan Coke
Secara amnya, bateri telefon adalah berkos tinggi, banyak menggunakan sumber dan agak sukar untuk dilupuskan. Oleh itu, Daizi Zheng mengeluarkan konsep telefon untuk Nokia dimana dengan menggantikan bateri tradisional dengan bio bateri yang menjana elektrik dengan menggunakan sumber karbohidrat.

Sel-sel bahan bakar dari gula adalah bukan sesuatu yang baru kerana ianya telah digunakan bertahun-tahun lamanya. Tetapi dengan idea inovasi Zheng, beliau menggantikan bateri telefon dengan air minuman Coke yang senang didapati serta murah. Bateri yang dicas menggunakan minuman ini boleh digunakan selama 3 hingga 4 jam.


5. Pencil Printer II
Alat pencetak ini dicipta untuk menjimatkan penggunaan kertas dan juga dakwat mesin pencetak kerana ianya boleh di padam menggunakan pemadam biasa. Seperti dalam gambar diatas, karbon pensel berfungsi sebagai dakwat mesin pencetak apabila dimasukkan ke dalam katrij dakwat. Sebarang kesalahan akan di padam dengan mudah dan semestinya boleh menggunakan kembali kertas tersebut. Mesin pencetak ini direka oleh Hoyoung Lee, Seunghwa Jeong  dan Jin-young Yoon.


6. iCup
iCup adalah satu konsep inovatif yang direka khas oleh syarikat Apple dimana ianya boleh memanaskan sebarang minuman didalam cawan tersebut dengan menyambungnya dengan mana-mana komputer riba serta mana-mana alat yang boleh disambung dengan sambungan USB. Kunci utama projek ini adalah untuk memudahkan urusan kehidupan penggunanya seharian dimana ianya boleh digunakan dimana sahaja; di taman, di perpustakaan ataupun di tempat kerja.

Logo Apple dihadapan cawan ini sebenarnya berfungsi sebagai penunjuk pemanas yang menunjukkan suhu minuman didalam cawan tersebut. Biru untuk sejuk, oren untuk suam dan merah jambu untuk panas. Selain itu, cawan ini juga sangat mudah untuk dipegang, diguna dan dibasuh untuk kegunaan seterusnya.


7. MP3 Player Innovative Concept
Seperti rekaan Fluid Smartphone-nya, pereka dari Brazil iaitu Dinard da Mata telah mereka gajet lain yang mudah dipakai dan menjadi fesyen aksesori sebagai pelengkap kepada generasi yang seterusnya. Dinamakan sebagai "MP3 Player Creative", pemain MP3 mudah alih ini bercirikan kepada OLED skrin yang fleksibel dan selain itu juga menunjukkan senarai lagu, kawalan suara dengan hanya menyentuh menggunakan jari.

Ianya yang boleh dipakai di pergelangan tangan seperti seakan-akan gelang, konsep MP3 ini memberikan akses mudah kepada penggunanya. Tambahan lagi, pemain MP3 ini didatangi dengan headphone tanpa wayar untuk kemudahan penggunanya.


8. EyeStops
EyeStops adalah satu alat yang berkonsepkan hentian bas yang membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai aktiviti selain daripada duduk dan menunggu. Direka oleh SENSEable City Lab dari MIT, ianya direka dengan menggunakan tenaga solar dan dilengkapi dengan skrin sesentuh yang akan menunjukkan pelbagai maklumat berguna seperti jadual perjalanan bas ataupun jalan terdekat untuk destinasi tertentu.

Tambahan lagi anda boleh melayari internet, memeriksa kualiti udara, mengetahui suhu, melihat lokasi tetap bas yang anda mahu dan berkomunikasi dengan alat mobil dengan menggunakan ianya sebagai papan mesej komuniti untuk mengepos pengumuman dan iklan. Apa yang pasti, dengan wujudnya teknologi ini ia dapat merubah rupa hentian bas tradisional.


9. Innovative Cellphone
Mimeo adalan satu konsep telefon sel yang inovatif dimana ianya membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar mesej pesanan ringkas dengan cara yang lebih interaktif. Konsep yang berbentuk lekuk pada telefon ini bercirikan lampu signal pada bahagian atas dan skrin sesentuh OLED untuk fungsi yang lebih efisyen. 

Di bahagian bawahnya pula mengandungi butang panggilan dan butang menulis yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan dan menjadikan permukaannya boleh ditulis. Di hujungnya mengandungi stylus yang berfungsi sebagai pen untuk menulis di telefon ini. Selain daripada selesa digunakan, telefon ini boleh menjadi gaya ikon dengan menampilkan empat tema yang berbeza iaitu oak, azure, rosete dan breeze apabila telefon ini tidak digunakan.

10. Device Stick Talk
Alat ini membantu anda untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan mereka yang buta, kerana walaupun anda tidak tahu untuk membaca Braille dan isyarat tangan. Jika orang yang anda ingin berkomunikasi adalah seorang yang pekak, anda boleh bercakap dengan alat ini dan ianya akan mengeluarkan perkataan. Dan jika pengguna alat ini seorang yang pekak, pengguna tersebut dengan mudahnya boleh mengeluarkan apa yang difikirnya, walaupun dia tidak tahu bahasa isyarat, dengan menulis ayat diatas tapak tangan menggunakan alat ini, dan ianya akan mengesan apa yang ditulis dan akan menunjukkan teks atau suara. Fungsi alat ini adalah untuk membolehkan komunikasi antara orang buta dan pekak.


11. Telefon bimbit untuk doktor
Pereka Marco Vanella telah berjaya mengilhamkan telefon bimbit inovatif yang dinamakan “Motoworkr”, di mana selain digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk pemeriksaan kesihatan, iaitu sebagai langkah awal ketika dalam kecemasan.  Direka khas untuk para doktor dan perubatan profesional, telefon ini mempunyai termometer Bluetooth dan juga tensiometro untuk bacaan digital serta kad kesihatan untuk mengemaskini atau memindahkan rekod kesihatan pesakit.

Biodata Diri

  • Nama : Nurmariam Aisyah binti Hashim
  • No Matrik : A130905
  • Program : Pengajian Bahasa Inggeris
  • Tahun Pengajian : Dua (2)
  • Semester : Dua (2)
  • Sesi: 2010/2011
  • Subjek: GGGE 2123 Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan
  • Tutorial : Mejar Mohd Jasmy bin Abd Rahman, Selasa 8.00 malam hingga 10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.