Wednesday, March 30, 2011

Isu dalam Teknologi: Kelebihan penggunaan teknologi mudah alih (M-Learning) dalam pendidikan

Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based Learning” masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan M-learning? Ia adalah salah sebuah konsep baru dalam proses pembelajaran di mana dengan menekankan keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran tersebut berlaku.
Sebagai salah seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, gajet seperti telefon mudah alih, komputer riba, “palm talk” mahupun “i-Pod” amatlah popular di kalangan pelajar dan mampu dimiliki. Selain digunakan sebagai alat untuk hiburan, ia juga boleh digunakan dalam membantu dan menyokong dalam proses pembelajaran. 

Pembelajaran secara M-Learning telah terbukti keberkesanannya di negara luar dan kini telah mula perkenalkan di Malaysia di mana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah mengintegrasikan teknologi ini dalam kurikulum pengajaran mereka. Perkongsian nota di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat turun nota. Ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh yang demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Selain itu, elemen multimedia yang mampu mengintegrasikan audio dan video dapat menarik minat pelajar dalam penggunaan M-Learning. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan audio dan video, pelajar akan menjadi lebih menumpukan perhatian, aktif, konstruktif, bersemangat dan dapat menyemarakkan peranan bekerjasama dalam suasana pemikiran kreatif dan kritis. Perkembangan seperti ini amat diperlukan dalam melahirkan graduan yang kompetitif dan berdaya saing.

Jika sebelum ini kuiz hanya dapat dilakukan di dalam kelas sahaja, kini pensyarah boleh mengadakan kuiz untuk pelajar mereka pada bila-bila masa dengan hanya memasukkan soalan dan menetapkan masa yang perlu diambil bagi setiap kuiz yang diadakan. Hal ini dapat dilakukan melalui alatan mudah alih seperti PDA dan beberapa jenis telefon mudah alih tertentu. Pensyarah boleh tersenyum lebar kerana mereka bukan sahaja boleh mengadakan kuiz bagi pelajar mereka pada bila-bila masa malah dapat memperolehi markah secara masa nyata tanpa perlu mengira markah secara manual. Perisian-perisian untuk mengadakan kuiz ini boleh didapati dengan mudah dan boleh juga dihasilkan oleh pensyarah tersebut dengan menggunakan teknik pemprograman yang mudah.

Keperluan dalam persekitaran pembelajaran yang baru perlu dilaksanakan agar proses pembelajaran tidak terbatas kepada kaedah tradisional semata-mata. Melalui M-Learning, kebebasan dan kawalan diberikan sepenuhnya kepada pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk menghantar tugasan, menjawab soalan kuiz, memuat turun nota, berdiskusi dan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut kehendak dan kesesuaian masa mereka. Kebebasan yang diberikan kepada mereka terhadap kaedah pembelajaran ini dapat menarik minat mereka dalam mendalami sesuatu pelajaran. Memandangkan setiap pelajar berbeza, ia merupakan motivasi kepada mereka untuk terus maju dan meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Kemudahan khidmat pesanan ringkas yang hadir bersama alatan mudah alih menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mudah kerana segala maklumat berkenaan temujanji bersama ahli kumpulan dan pensyarah dapat dilaksanakan secara cepat dalam masa nyata. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa serta memudahkan seseorang pelajar dan pensyarah menetapkan jadual harian mereka tanpa terikat pada masa-masa tertentu sahaja.

Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Paradigma kita berkenaan teknologi yang baru ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di peringkat pengajian tinggi dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah ditamatkan dengan mengadakan kelas khusus berkenaan teknologi ini. Oleh itu peluang pelajar untuk memahami kuasa teknologi dapat dipertingkatkan. Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti amat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi kaedah pembelajaran M-Learning di sepanjang pengajian mereka.

16 comments:

  1. salam..

    M-learning dalam pendidikan sememangnya telah membuktikan kecanggihan sistem pengajaran dan pembelajaran.Di Malaysia, penggunaan M-learning dalam bidang pendidikan adalah sesuatu perkara yang baru sebagai cara lain dalam menyampaikan pengajaran. Namun kelemahan M-learning adalah tidak semua pendidik dan pelajar memiliki mobile atau handphone yang boleh mengakses internet. Jadi, penggunaan M-learning di negara kita masih lagi tidak diperluaskan tetapi P&P kni lebih menggunakan internet di komputer.

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL SELASA 8-10 PM
    MAKMAL KOMPUTER 3, DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  2. Dengan kegiatan e-Learning dimungkinkan berkembangnya fleksibili belajar yang tinggi. Ini bermakna, guru dapat mengakses bahan-bahan belajar setiap saat dan berulang-ulang dan juga dapat berkomunikasi dengan instruktur setiap saat. Hal ini demikian kerana, pendidik atau guru dapat lebih memantapkan penguasaannya terhadap material pembelajaran.

    Manakala kemudahan infrastruktur tidak hanya tersedia di bandar sahaja tetapi telah menjangkau di luar bandar dan pedesaan, maka kegiatan e-Learning akan memberikan manfaat (Brown, 2000) kepada pelajar yang (1) belajar di sekolah-sekolah rendah di daerah-daerah miskin untuk mengikuti mata pelajaran tertentu yang tidak dapat diberikan oleh sekolahnya, (2) mengikuti program pendidikan keluarga di rumah (home schoolers) untuk mempelajarii bahan pembelajaran yang tidak dapat diajarkan oleh para orangtuanya, seperti bahasa asing dan keterampilan di bidang komputer, (3) merasa fobia dengan sekolah, atau pelajar yang dirawat di hospital atau di rumah, yang terkandas sekolah tetapi berminat untuk melanjutkan pendidikannya, yang dikeluarkan oleh sekolah, atau pelajar yang berada di pelbagai daerah atau bahkan yang berada di luar negeri, dan (4) tidak tertampung di sekolah konvensional untuk mendapatkan pendidikan.

    ZAINI BINTI ABDUL AZIZ (A128256)
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
    TAHUN 2, SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  3. Mobile Learning merupakan model pembelajaran yang memanfaatkan teknologi informasi dan komunikasi. Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa ia dapat meningkatkan prestasi pembelajaran bagi pelajar sama ada diperingkat menengah dan institusi pengajian tinggi seperti di IPT.

    Keefisyenannya terserlah apabila dipraktikkan dalam kerja berkumpulan yang memerlukan perbincangan dan penghantaran maklumat yang cekap. Tanpa mengira lokasi dan waktu, kesemua ahli dapat memberi komitmen dan mereka saling membuat pertukaran idea.

    Ia adalah alternatif yang dapat membantu mengurangkan jarak komunikasi ilmu walaupun hakikatnya jauh antara satu sama lain.

    Pastinya ia mampu menjimatkan masa dan meningkatkan kredibiliti seorang pelajar yang dilihat mempunyai waktu yang terbatas dengan tanggungjawab sosial lain.

    Walaubagaimanapun, isu pelajar yang tidak berkemmpuan memiliki gajet canggih seperti ini perlu diselesaikan segera agar tiada ahli yang ketinggalan. Kerajaan juga telah mengadakan skim bantuan komputer riba kepada pelajar miskin.

    Diharap, M-Learning dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

    NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial: 8-10pm

    ReplyDelete
  4. e learning sememangnya mempunyai kelebihan seperti memudahkan penyampaian maklumat. namun begitu, e learning juga akan meningkatkan jurang komunikasi antara pensyarah dan juga pelajar. hal ini akan menyebabkan pensyarah tidak dapat mengenali pelajar dengan lebih dekat. oleh itu, sistem e learning perlu dikaji pada setiap masa agar dapat mengenalpasti kelemahan yang terdapat seterusnya mencari jalan penyelesaian. sebagai contoh dengan melakukan soal selidik kepada pengguna..sekian terima kasih

    mohd faizal bin ismail
    a128748
    fssk
    tahun 2 semester 2(2010/2011)

    ReplyDelete
  5. Salam Mariam,

    Sejujurnya, saya bersetuju dengan konsep M-learning. Buktinya seperti yang anda jelaskan, semua urusan P&P yang dahulunya sukar kini menjadi lebih mudah dengan adanya M-learning.

    M-learning adalah bukti kejayaan teknologi. Saya teringat kata-kata Carrie P Snow tentang teknologi :

    "Technology... is a queer thing. It brings you great gifts with one hand, and it stabs you in the back with the other.”

    Saya menghormati tulisan saudari yang hanya menyentuh aspek positif M-learning. Namun saya suka untuk mengingatkan bahawa M-learning juga ada keburukannya. Antaranya :

    1) pelajar terlalu bergantung kepada gajet sehingga menyebabkan mereka malas untuk mencari maklumat sendiri di perpustakaan
    2) terdapat jurang antara pelajar yang mendapat pendidikan berasaskan M-learning dengan yang tidak mendapatkannya. Pelajar di bandar yang diwarnai dengan gajet sejak dari kecil sudah tentu lebih kehadapan (advanced) berbanding pelajar di ceruk desa.

    Sekadar pandangan..

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    Semester 2, Sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  6. M-Learning sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada seseorang khususnya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada tenaga pengajar mahupun pelajar. Ia merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan semasa. Namun, tidak ramai yang mengetahui cara menggunakannya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya mencadangkan usaha yang padu perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan M-Learning supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan ini dengan berkesan seterusnya menyahut cabaran kerajaan yang mahu melahirkan rakyatnya yang celik IT.
    Sekian, terima kasih.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    PROGRAM [PEMBANGUNAN MANUSIA
    TAHUN2, SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    FSSK

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Sama juga seperti pandangan rakan-rakan yang disayangi di atas,saya juga berpendapat bahawa M-Learning memberikan faedah kepada pelajar-pelajar di universiti.Melaluinya,pelajar-pelajar mendapat info-info semasa berkaitan pembelajaran mereka di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga.Saya turut setuju dengan Mas dan Hidayah memang betul pelajar-pelajar desa akan ketinggalan sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil bagi melahirkan kesamarataan ilmu dalam kalangan pelajar yang tidak mampu memiliki komputer dengan pelajar yang memilikinya.Jadi,bagi menangani masalah ini, saya berpandangan adalah wajar bagi pihak kerajaan memberikan komputer riba kepada pelajar-pelajar IPT yang tidak berkemampuan untuk membelinya.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2 (PEMBANGUNAN MANUSIA)
    FSSK

    ReplyDelete
  8. Melalui konsep m-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
    Sungguhpun demikian, pengaplikasian m-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, m-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
    Konsep ini merupakan enjin m-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
    Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
    Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  9. SALAM..
    Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia di peringkat IPTA/IPTS.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  10. Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Tidak dinafikan banyak masalah akan timbul khususnya untuk mengintegrasikan M-Learning dalam persekitaran pembelajaran semasa di institusi pengajian tinggi. Namun sekiranya diberi perhatian yang serius, masalah yang timbul dapat diatasi dengan mudah. Peranan semua pihak khususnya pensyarah dan pelajar perlu diambil kira sepenuhnya agar masalah yang timbul dapat diatasi. Lazimnya, untuk memulakan penggunaan pembelajaran secara elektronik, terdapat pelbagai masalah yang perlu ditempuhi dan diatasi sebelum ianya 100% berjaya dilaksanakan. Begitulah juga halnya dalam merealisasikan penggunaan M-Learning kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Faedah-faedah yang dapat diperolehi dengan penggunaan M-Learning boleh dijadikan motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran terbaru ini. Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti di luar negara dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran M-Learning. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang terdapat dalam M-Learning untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang seharusnya ada dalam diri setiap graduan universiti dan kolej di Malaysia.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  11. salam,

    Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudari menegenai kelebihan m-learning ini. Namun, sausari lupa setiap kelebihan teknologi itu masih adal kekurangannya. Beberapa masalah telah dikenalpasti dalam mengintegrasikan m-learning dengan
    senario pendidikan di Malaysia, antaranya:
    1. Terdapat had kapasiti simpanan bagi palm
    talk dan telefon mudah alih
    2. Jalur lebar mungkin berkurangan apabila
    jumlah pengguna bertambah
    3. PDA dan telefon mudah alih adalah tidak
    lasak berbanding dengan komputer
    peribadi
    4. Bateri perlu dicaj selalu dan jika tidak
    dilakukan dengan cara yang betul, data
    mungkin akan hilang.

    Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih juga dilihat menjadi salah
    satu faktor kepada permasalahan dalam perkembangan kaedah M-Learning. Hasil
    daripada tinjauan, beberapa kursus yang ditawarkan di institut pengajian tinggi Malaysia
    langsung tidak menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan teknologi ini. Ini
    mengurangkan peluang pelajar untuk memahami kuasa teknologi dan kaedah MLearning.
    Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti amat
    penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi
    kaedah pembelajaran M-Learning.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2

    ReplyDelete
  12. M-learning itu elok sebab ia boleh diakses bila-bila masa sahaja, walaupun tengah malam. Namun, disebabkan tiada perjumpaan antara pensyarah-pelajar (atau kurang), ianya sebenarnya boleh mengurangkan kebolehan pelajar untuk berinteraksi secara bersemuka. Ramai yang boleh bertanya dengan hanya menghantar email, tetapi tidak ramai yang boleh bertanya secara berdepan dengan pensyarah.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  13. Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan atau m-learning sememangnya menjadi satu trend pada masa kini. Ini merupakan contoh terbaik penggunaan teknologi terkini dalam memudahkan sesi pembelajaran. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, ternyata penggunaan teknologi mudah alih harus diperkembangkan dan sesi pembelajaran m-learning seharusnya diperluaskan dengan kadar yang segera bagi menjamin para pelajar mendapat layanan serta merasa teknik pembelajaran yang terkini ini dan tidak tertinggal jauh kebelakang berbanding negara-negara maju yang lain.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya, M-learning masih belum sesuai untuk dipraktikkan secara meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia, kerana sebahagian besar penduduk masih berpendapatan rendah dan sederhana. Harga peralatan M-learning seperti telefon pintar dan komputer riba adalah agak mahal dan akan membebankan pihak ibubapa untuk menyediakan peralatan tersebut kepada anak-anak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Selain itu, peralatan M-learning juga akan melalaikan para pelajar kerana peralatan tersebut turut mempunyai permainan video. Para pelajar tidak akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan akan lebih banyak masa dihabiskan dengan bermain permainan video pada alat M-learning tersebut.


    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  15. pada pendapat saya, penggunaan m-learning merupakan suatu pendekatan yang baik bagi meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran disekolah. dengan pendekatan tersebut, dapat mendidik para guru agar lebih kreatif lagi sewaktu proses pengajaran. sehubungan dengan itu, dapat menarik minat pelajar untuk belajar. oleh hal yang demikian, proses pembelajaran dalam kalangan pelajar lebih seronok dan berkesan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Aisyah,

    Penggunaan M-Learning ini sememangnya memberikan pelbagai kemudahannya. Antara kelebihan penggunaan M-Learning ini,ia dapat digunakan dimanamana sahaja dan pada bila-bila masa pun kerana ia lebih mudah digunakan dan ringan jika dibandingkan dengan PC. Namun begitu, tidak semua orang mampu memiliki Mobile-Learning ini.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete